Tips Mengahadapi Peperiksaan

assalamualaikum dan selamat sejahtera..
hello everybody :)
entry saya untuk kali ini adalah berkisarkan tentang tips2 untuk menghadapi peperiksaan
almaklumlah,, saya sendiri pun lagi 2 minggu akan menduduki final exam untuk first sem di UPSI :O

okayy.. lets begin !
1) semak dan pastikan mata pelajaran yang akan diduduki pada tarikh yang betul dan datang awal pada hari peperiksaan :)
-bawalah semua alat tulis yang anda perlukan seperti pen,pensil,kalkulator, jam tangan, pemadam, pembaris dan lain-lain . kelengkapan ini akan membantu anda untuk memberi sepenuh tumpuan semasa anda menjawab soalan pepriksaan.

2) Tenang dan percayakan diri sendiri.
-Ingatkan diri anda bahawa anda sudah bersedia dan akan menghadapi pepriksaan dengan baik.

3) Bersantailah tapi harus berhati-hati.
-Pastikan meja dan kerusi anda berada dalam keadaan yang baik untuk anda menulis. Duduk dalam keadaan menegak.

4)Preview soalan-soalan terlebih dahulu.
-Luangkan 10% dari waktu peperiksaan untuk mebaca soalan2-soalan secara mendalam, tetapkan kata kuci dan tetapkan berapa lama masa yang diperlukan untuk menjawab setiap soalan. Rancangkan menjawab soalan yang mudah dahulu, baru solan yang sukar. Ketika anda membaca soalan, catakan juga idea2 yang muncul yang akan digunakan sebagai jawapan.

5)Jawab soalan secara strategik.
-Mulakan menjawab soalan yang mudah yang anda ketahui, kemudian dengan soalan2 yang mempunyai markah yang tinggi. Soalan terakhir yang anda harus jawab ialah:

  • soalan paling sukar
  • soalan yang memerlukan masa yang panjang untuk menulis.
  • mempunyai markah sedikit
6) Analisa jawapan anda.
-Setiap soalan akan membantu anda mempersiapkan diri untuk peperiksaan berikutnya.
Tetapkan strategi mana yang sesuai dengan anda. tetapkan strategi mana yang tidak menjadi dan ubahlah. Gunakan kertas peperiksaan yang sebelumnya ketika belajar untuk peperiksaan akhir.

7) Berdoa dan bertawakal kepada yang maha Esa.

Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua sahabat dan rakan seperjuangan di Universiti Pendidikan Sultan Idris :)
Moga dipermudahkan oleh Allah. Bittaufiq Wannajah Biiznillah !
Be the best! Do the best! All the best beat the rest ! aja aja Fighting :)



♥Thnx Like✿Thnx Follow✿Thnx Comment♥

0 Like[s] This:

Post a Comment