assalamualaikum dan salam sejahtera
haii.. kali ini saya nak share tentang cara pembelajaran yang berkesan di alam universiti :)
Pembelajaran di Universiti sememangnya lebih mencabar berbanding dengan masa sekolah dulu.
Kalau masa sekolah dulu kita sering diberikan kerja sekolah setiap hari dan perlu disiapkan tanpa banyak kerenah sebab takut kene rotan dengan guru. Ianya sangat berbeza dengan kehidupan di alam Universiti di mana korang akan berhadapan dengan pelbagai ragam pensyarah dan begitu juga pelbagai tugasan yang perlu disiapkan.
Nak Berjaya? Di Alam Universiti? Meh nak share sikit tips yang mungkin boleh membantu anda begitu juga dengan saya :D
Memandangkan masa kita semua belajar di universiti ni terhad sebab satu semester tu dalam 4 ke 5 bulan sahaja, jadi biasalah kalau korang akan hadapi peperiksaan demi peperiksaan dalam masa yang terdekat.
Jadi sebab itu fokus korang amatlah penting untuk 4 ke 5 bulan tersebut untuk menjaga carry mark ataupun markah terkumpul sehingga peperiksaan akhir nanti.
Dengan menggunakan beberapa teknik yang aku sendiri gunakan sekarang, ianya agak berkesan pada aku tapi tak tahu lah kepada orang lain. Antaranya :
1) Belajar sambil menulis, mendengar dan berfikir adalah yang terbaik untuk korang paham apa yang diajarkan oleh pensyarah korang nanti.Masalah yang paling kritikal kat sini bila pensyarah korang asyik membebel panjang tanpa memegang satu pun pen maker untuk menerangkan apa yang diajarkan.
Jadi kena bijak lah tegur dia ke macam mana, ataupun terpaksa belajar dengan kawan korang sendiri. inilah perbezaan yang paling ketara berbanding di zaman sekolah dahulu.
2) Pastikan setiap apa yang diterangkan, samada melalui percakapan ataupun perbincangan di dalam kelas tu, korang tulis isi penting supaya korang tidak akan terlepas pembelajaran tentang topik tersebut.
Ini penting untuk rujukan korang buat masa hadapan, lebih-lebih lagi ketika menghadapi peperiksaan. Banyak bakal soalan nanti tak lari daripada apa yang korang belajar dalam kelas.
3) Fokus 200% ketika di dalam kelas. Jangan lah masih nak main dengan telefon bimbit korang tu lagi buat masa ni. Kalau girlfriend ke boyfriend korang hantar mesej pun jangan balas. Bukan dia yang tolong kita nak jawab soalan nanti kalau tak boleh jawab.
Nampak ayat aku macam simple, fokus dalam kelas. Tapi tak ramai yang alert dengan nasihat aku ni. Percayalah, kalau korang fokus dalam kelas, Inn Shaa Allah apa yang korang belajar tu senang nak recall balik.
4) Berinteraksi dengan pensyarah. Diorang ni pun manusia jugak. Jadi kalau korang duk tunjuk semangat nak belajar dengan dia tu, acah-acah rajin belajar depan dia pun okay.
Biarkan diorang kenal siapa korang tu. maksud aku bagi dia ingat nama korang, jadi kalau ada masalah ke tak paham, korang takan segan nak bertanya.
5) Anda dan ambil peperiksaan MUET? Exam MUET ni penting untuk masuk ke universiti dan merupakan ‘Sijil Tambahan’ kepada anda apabila nak dapatkan pekerjaan nanti. Jadi, lulus dengan cemerlang adalah WAJIB kalau nak senang dapat kerja nanti.
Kalau korang amalkan 5 killer tips ni dalam pembelajaran korang, insyaAllah korang akan berjaya nanti dengan usaha serta doa tu. Lagi satu, jangan tinggal solat! Hubungan dengan yang Esa pun kena jaga jugak. Tak guna berjaya tapi tak dapat berkat belajar. Semoga bermanfaat.
0 Like[s] This:
Post a Comment